Tuesday, 10 March 2015

MH370 Mungkin dijumpai dalam masa terdekat????

Paket Tuala Berlogo MAS Mungkin Petunjuk MH370 dijumpai di Australia Sepasang suami isteri telah menemui satu bungkusan tuala tertera logo MAS di pantai Barat Australia mungkin boleh dianggap petunjuk terbaharu bagi merungkai misteri kehilangan pesawat MH370 yang genap setahun pada Ahad lalu. uala itu sudah dihantar untuk dianalisis bagi mengesahkan sekiranya ia adalah dari pesawat MH370 yang hilang itu Tuala kertas kecil itu dijumpai dalam paket tertulis Malaysia Airlines telah dihantar ke Canberra untuk dianalisis dan disahkan. Menurut laporan pasangan suami isteri itu menemui tuala itu ketika berjalan di pantai di Cervantes. Paket tuala itu berada dalam keadaan tidak terbuka. Malah menurut laporan The Daily Telegraph pakar percaya kemungkinan paket kecil seperti tuala itu bergerak jauh tanpa mengalami sebarang kerosakan. Mudah-mudahan penemuan terbaharu di pantai Barat Australia itu boleh memberikan petunjuk bagi merungkai misteri pesawat MH370 yang hilang bersama 239 orang di dalamnya pada 8 Mac 2014.

 

No comments:

Post a Comment